title

title
deeply miss youu sayang :*

Lumrah kehidupan

Hello assalamualaikum , Ya Allah lamanya tak bersua kat blogger ni kan ;) 
maaflah cik blogger ni dah masuk matriks .
tak sempat nak menjenguk blogger ni lagi2 nak blogging ^^
ni tengah cuti sem 2 minggu , sabtu ni balik tangkak dah :)
okay the end pasal I . lets talk about the topic .

ape yang I cube maksudkan dengan lumrah kehidupan . 
sebenarnya hati ni nak luahkan semua yang ada di hati . dah banyak kali rasa benda ni . 
rasa ape ? ape lagi kalau bukan suka atau senang cakap 

*Cinta*


Insan yang dirahsiakan nama . 

aku dah lama suka dia . dari dia tegur aku . tak perlu tanya berapa kali
aku rasa cinta ? entahlah malas dah nak ingat benda sebelum ni . benda ini yang menjadi 
"lumrah kehidupan"
meminati seseorang same ada sampai kita sayang atau sesaja suka . tapi untuk kali ini aku tak tahu kenapa aku rasa indah . mungkin orang cakap aku syok sendiri , tapi tak salah aku nak rasa bahagia ? kalau kita tipu orang pun tiada guna sebab hati kita kata kita sayang dia tapi okay straight to the point .

untuk kali ini aku rasa semakin indah .. semakin bahagia walaupun perangai dia bukan sifat atau tiada ciri-ciri yang boleh buat semua orang tergila-gila . malah aku sendiri pelik , dari manakah rasa tu datang walhal yang sebenarnya dia jauh dari ciri-ciri lelaki yang aku nak ? jauh dari sifat lelaki2 yang aku suka dulu , umpama langit dan bumi . semasa dia "zero" aku mula sayang dia , mula ambil berat tentang dia, melakukan banyak perkara untuk dia ,, tetapi sampai satu tahap .
adakah aku buat yang betul untuk dia , adakah semua ni yang terbaik untuk dia . aku nak yang terbaik untuk dia . aku nak lihat kejayaan yang dia kecapi dan itu buat aku bahagia , tapi adakah aku mampu lakukan semua itu ?

itulah CINTA . dia menguasai segala-galanya . sampai aku terfikir
kenapa aku jadi macam ni , kenapa aku berubah ?
kenapa dan kenapa ??? 

cinta itu indah sangat rakan-rakan . melibatkan dirinya dan kita , tapi ada kalanya cinta itu memberi kesan buruk untuk kita . kita dilahirkan dengan perasaan suka antara satu sama lain untuk membina mahligai dan melahirkan generasi kaum adam dan hawa . tetapi adakah kita dapat mengawal perasaan itu ? adakah perassan ini menguasai diri dan fikiran ku ?  benda yang sudah menjadi fikiranku sejak dua minngu ini , 

cuma ada satu penyelesaian . Allah . 

Ya Allah  Ya Rahman Ya Rahim , 
sesungguhnya aku serahkan dia yang aku sayang kepadamu , kerana aku terlalu kerdil untuk mencintai hambamu melebihi mencintai penciptanya . Sekiranya perhubungan ini memberi kebaikan untuk dia , dapat membantu dia untuk mencapai apa yang dia inginkan . maka izinkanlah , Sekiranya ia memberi keburukan kepada dia walau beri kebaikan kepadaku tetapi mungkin ia akan memusnahkan dirinya sedikit demi sedikit maka jarakkanlah kami . sesungguhnya engkau yang mengetahui segala-galanya kerana dia ialah milik Kau . 

aku mengingati diri ku sendiri . bahawasanya aku tidak mempunyai hak nak sayang atau cinta kepada dia melebihi penciptanya , Dia milik Allah . sekiranya kita nak dia , carilah Penciptanya . cari jalan penyelesaian terbaik . InsyaAllah . 

coretan untuk dia ,

kau , yang selalu membuat aku tersenyum 
kau , yang selalu buat aku resah 
kau , yang pernah membuat aku menangis 
kau lah segalanya . 

lebih banyak kenangan indah terukir bersama ,
terima kasih atas segalanya , 
walau itu kerja Tuhan yang menentukan ,
tapi aku rasa bahagia . kerana kau yang diutuskan olehNya

aku pasrahkan dirimu bukan kerana aku tak sayang
kerana aku terlalu sayanglah aku pasrahkan kau
kerana aku nak yang terbaik untuk kita
yang Tuhan dah tuliskan untuk kita

sekiranya takdir menyebelahi kita , 
semoga kita dipertemukan dijalan yang diredhai olehNya
membina mahligai yang indah ke syurga 
kerana itulah yang terbaik untuk kita 


Aku cuba untuk melakukan semua ini dengan izinNya dan usaha ku sendiri 
InsyaAllah . kerana saat ini merupakan saat aku mencipta kerjayaku dan kerana itu juga aku serahkan dia pada Allah :)

"Bila kita mendalami sesuatu , kita peroleh sesuatu "
"Itu yang ku peroleh dari cinta"


-Nurkamalia-

No comments:

Post a Comment